Friday, May 05, 2006

PENGENALAN TERHADAP JATI MAS(TECTONA GRANDIS)

Jati merupakan antara tanaman hutan ladang yang berpotensi di majukan untuk penghasilan kayu balak bermutu tinggi.Pokok
ini merupakan spesis dagang(eksotiks)seperti tanaman industri lain iatu getah dan kelapa sawit.Kawasan asalnya ialah India,Myanmar,Thailand dan Laos.Spesis ini mula ditanam secara ladang sejak tahun 1915 di Ladang Sungai Raya, Pulau Langkawi oleh seorang ladang getah berbangsa inggeris. Di Tanah Besar Semenanjung , Perladangan jati mula dimulakan di Kedah dan Perlis dalam tahun 1950an lagi secara kecilan.Kini terdapat kira-kira 2000 ha ladang jati di Malaysia, terutamanya di Kedah dan Perlis.

SEJARAH PENANAMAN JATI DI MALAYSIA
Penanaman Jati di Malaysia agak baru jika di bandingkan dengan negara-negara jiran seperti India,Myanmar,Thailand dan Indonesia.Walaupun ladang jati di Malaysia telahpun wujud pada tahun 1909, jumlah keluasan ladang jati di Malaysia masih lagi kecil. Kecuali bagi ladang jati di Pulau langkawi, penanaman jati sebelum 1940an adalah terbatas kepada tepi-tepi jalan di taman-taman sebagai pokok teduhan dan perhiasan
Dari tahun 1949,beberapa ladang jati yang kecil telah di tubuhkan di Kedah dan Perlis dengan menggunakan biji benih yang didapati dari pokok-pokok yang ditanam di negeri ini dan sekelompok biji benih terpilih dari jawa.Ladang jati peringkat awal di tanam dari anak liar tetapi ladang yang kemudiannya di tubuhkan menggunakan anak tunggul yang dihasilkan dari tapak semaian.Kejayaan tanaman jati di Barat Laut dari Semenanjung Malaysia (Kedah dan Perlis) telah merangsang penubuhan petak percubaan secara pukal di Sungei Chuchoh di Hutan Simpan Mata Air Perlis sejak 1960. Jadual satu menunjukkan penanaman jati dalam tahun-tahun 1940 dan 1950 sementara jadual 4 menunjukkan kawasan yang telah ditanam dengan jati di antara tahun 1980 dan 1990. dalam tahun-tahun 1980an , beberapa jabatan perhutanan negeri di Semenanjung Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menanam dan menubuhkan ladang jati yang agak besar. Sehingga kini kawasan tanaman jati di Semenanjung Malaysia adalah 1546.4 hektar dan angka ini didapati terus meningkat


Silvikultur Penanaman Jati
Silvikultur merangkumi kaedah-kaedah sains dan seni dalam penubuhan ladang hutan berdasarkan ilmu silvik, iaitu ilmu yang menghuraikan riwayat kehidupan pokok didalam sesuatu lingkungan alam sekitar. Seni dalam silvikultur ialah kemahiran imaginasi dan menafsirkan pengetahuan sains untuk menyesuaikan penggunaannya dalam keadaan yang berlainan. Sistem silvikultur yang ditakrifkan sebagai suatu program rawatan silvikultur yang direncanakan meliputi kehidupan dirian ladang hutan.


Penyediaan Kawasan Tanaman
Seperti penanaman getah dan kelapa sawit, penyediaan tapak tanaman adalah penting dan kritikal untuk kejayaan tanaman jati. Sebagai jenis perintis, jati memerlukan cahaya penuh untuk membesar. Oleh itu jati perlu di tanam di kawasan lapang yang tiada teduhan dari atas ataupun dari sisi. Penanaman campuran antara jati dan pokok lain yang lebih cepat kadar tumbuhnya boleh membantutkan pertumbuhan jati.
Jati dapat tumbuh subur di kebanyakkan kawasan tanah kecuali kawasan yang berpaya atau bertanah padat. Kawasan yang bertanah peroi dan bersaliran baik memberikan pertumbuhan yang terbaik. Tanah jenis laterit dan berbatu, tanah jenis gambut dan kawasan bersaliran tidak baik serta terendam tidak sesuai untuk pertumbuhan jati. Saliran boleh mempertingkatkan dengan membuat sistem perparitan yang sesuai. Untuk kawasan berbukit, penyediaan teres tidak diperlukan.
Jati dilaporkan tumbuh pada keadaan tanah diantara pH4-7 . Bagi tanah yang terlalu asidik di mana pH kurang dari 3-5 , pertumbuhannya agak terbantut dan begitu juga dengan keadaan tanah yang terlalu alkali , pH>7. Walau bagaimanapun tumbesaran jati adalah ideal pada pH di antara 6 dan 7.

Penanaman
Penanaman jati perlu dijalankan pada musim hujan supaya kadar kehidupan yang tinggi dapat diperolehi. Walaupun pokok jati tahan cuaca kering , anak benih jati adalah sebaliknya. Jarak tanaman jati yang disyorkan ialah 5' x 10', 5' x 8', dan 5' x 9' . Pemilihan jarak tanaman adalah bergantung kepada keadaan tanah dan tanaman selingan yang akan di tanam .Biasanya kawasan yang kurang subur ditanam dengan kepadatan yang lebih tinggi daripada kawasan yang subur.walaubagaimanapun jarak tanaman umum yang disyorkan ialah 5' x 10' m setelah mengambil beberapa faktor biologi dan pengurusan.Tanaman selingan hendaklah dari jenis yang tidak menghalang pertumbuhan jati seperti cili,kacang,tembakau,padi huma dan lain-lain.
Lubang tanaman sebesar 12' x 12' x 12' cm adalah mencukupi untuk tanaman jati.Di kawasan bertanah padat,lubang yang lebih besar diperlukan.Di kawasan bekas hutan,saiz lubang tanaman yan kecil,sama saiz dengan saiz tabung sudah memadai kerana tanahnya lebih peroi dan tidak padat.

RAWATAN SELEPAS PENANAMAN

1.KAWALAN RUMPAI
Anak jati tidak tahan dari rumpai dan pokok musuh.Kawalan rumpai yang berjadual diperlukan untuk mengurangkan saingan dan menggalakkan pertumbuhan pokok jati. Oleh kerana akar pemakanan jati kebanyakkannya terdapat pada permukaan tanah, kawalan rumpai menggunakan cangkul secara lingkaran di keliling pokok adalah kurang sesuai. Tambahan pula cara ini akan mengambil banyak masa dan tenaga kerja. Racun kimia seperti glifosat boleh digunakan untuk kawalan rumpai yang lebih berkesan, tetapi racun-racun rumpai jenis hormon kurang sesuai dan boleh mencederakan pokok jati.

2.PEMBAJAAN
Kebanyakkan tanah di Malaysia mengandungi kadar nutrien yang rendah. Oleh itu pembajaan yang berterusan di peringkat penubuhan, 3-4tahun, boleh membantu pokok jati membesar dengan cepat dan subur.Baja asas jenis rock posfat seperti CIRP sebanyak 100g hendaklah di tabur di dalam lubang tanaman sebelum anak benih dimasukkan.Sebulan selepas penanaman ,pembajaan menggunakan baja NPK 15:15:15 sebanyak 100g sepokok diberikan pada pokok berumur 6 dan 12 tahun . Baja bolehlah ditabur di keliling pokok tetapi tetapi hendaklah jauh dari dari batang pokok untuk mengelakkan kelecuhan.Jika pH terlalu rendah pemberian baja kapur boleh membaiki perolehan nutrien dari tanah.Kadar kapur ialah kira-kira 200g sepokok diberikan pada akhir tahun pertama dan kedua sebulan selepas pembajaan biasa.Baja kapur boleh mencederakan pokok jika di letakkan terlalu hampir dengan pokok.Jarak yang selamat ialah antara 50-100cm dari pokok.

3.KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Serangan makhluk perosak ke atas tanaman jati adalah minimum.Kebanyakannya adalah dari jenis serangga pemakan daun (skletonizers and defoliaters) yang mudah di kawal dengan racun serangga yang biasa terdapat di pasaran.Contohnya ialah Pionea damastesalis (Lepidoptera Pyralidae),hyblaeidae puera (Lepidoptera Hyblaedae) dan Hypomeces squamocus (Coleoptera Curculionidae).biasanya serangan ulat pemakan daun adalah setempat dan jarang membahayakan pokok sekiranya lebih 15% di serang.Maka kawalan secara kimia diperlukan.Serangan penebuk batang jenis Xyleutus ceramicus (lepidoptera Cossidae) adalah lebih berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit kanker.

4.PEMANGKASAN
Untuk membentuk ciri-ciri batang yang cantik,pemangkasan perlulah dijalankan pada tempoh tertentu.Dahan-dahan bawah dibuang untuk membentuk batang yang lurus. Tujuan pemangkasan telah menghasilkan teras cacat yang minimum.Alat pemangkasan seperti kacip dahan dan gergaji pangkas sesuai di gunakan.Pemangkasan perlu meninggalkan sekurang-kurangnya 40% silara supaya pertumbuhan pokok tidak terbantut.Pemangkasan boleh dijalankan sebelum atau selepas penjajaran.

5.Silvikultur Penanaman Jati
Silvikultur penanaman jati,merangkumi kaedah-kaedah sains dan seni dalam penumbuhan ladang hutan berdasarkan ilmu silvik,iatu ilmu yang menghuraikan riwayat kehidupan pokok di dalam sesuatu lingkungan alam sekitar.seni dalam silvikultur ialah kemahiran imiginasi
dalam menafsirkan pengetahuan sains untuk menyesuaikan penggunaanya dalam keadaan-keadaan yang berlainan.Sistem silvikultur yang di tarifkan sebagai suatu program rawatan silvikultur yang direncanakan meliputi dirian ladang hutan.

6.PENJARANGAN
Apabila silara pokok telah bertemu,persaingan antara pokok di dalam suatu dirian jati mula berlaku.Persaingan yang tidak terkawal boleh merencatkan pertumbuhan dirian dan pokok individu.Akibatnya hanya beberapa pokok dominan sahaja yang membesar dengan cepat dan menyekat pertumbuhan pokok-pokok yang lain.Untuk mengatasi masalah ini,rawatan penjarangan perlu dilakukan.Sebenarnya,penjarangan adalah langkah penjarakan semula selepas tempoh tertentu pokok ditanam, bagi memberi ruang tambahan untuk pertumbuhan.Untuk penjarangan pertama, kaedah penjarangan sistematik dicadangkan.Ia boleh dilakukan dengan membuang barisan tertentu antara beberapa barisan pokok atau bilangan tertentu dalam sekumpulan pokok.Kadar penjarangan pertama adalah 30% Penjarangan di jalanlankan secara selektif, di mana hanya pokok yang berpotensi untuk tebangan akhir akan dikekalkan dan yang lainnya ditebang. Hasil penjarangan ini sudah boleh dipasarkan untuk industri perkayuan.
Penebangan akhir boleh dilakukan pada usia 15tahun.Sekiranya pasaran kurang memuaskan tempoh penebangan boleh dilanjutkan tanpa kerugian kerana nilai dan isipadu kayu bertambah mengikut usia dirian.

7.PERTUMBUHAN DAN HASIL
Jati didapati tumbuh dengan cepat dan pertumbuhan dikatakan lebih cepat daripada pokok getah . Ketinggian 6m pada tahun pertama boleh diperolehi bahkan lebih tinggi dari itu juga jika pokok-pokok itu di jaga dengan rapi dan baik. Kadar pertumbuhan ketinggian yang terlalu cepat juga boleh mengurangkan kekuatan batang dan menyebabkan mudah condong,terutama di kawasan berangin. Untuk itu kayu penyokong diperlukan untuk menegakkan semula pokok-pokok yang terlibat.Pembajaan perlu dikurangkan terutama baja jenis nitrogen untuk mengurangkan penghasilan daun yang boleh menambahkan berat puncak.
Mengikut data dari petak kajian FRIM, kadar pertumbuhan jati di petak yang tanpa penjarangan dan tanpa pembajaan, ialah 16.29,16.39 dan 13.68 m3/ha/ tahun pada usia 5,10 dan 15 tahun.Jumlah isipadu dirian ialah 81.45 , 163.9 dan 205.2m3

PENUTUP

Tanaman jati adalah satu tanaman ladang yang berpotensi untuk dimajukan sebagai tanaman industri selaras dengan wawasan 2020 dan program menghijaukan alam. Kelebihan pada tanaman jati ialah ia tidak memerlukan tenaga buruh yang banyak untuk menguruskannya dan kayunya pula mempunyai pasaran peringkat di antarabangsa. Penuaian hasil adalah fleksibel dan boleh disesuaikan dengan jenis keluaran. Kayu muda jati walaupun mempunyai warna yang agak cerah, mempunyai tekstur sifat-sifat kayu yang hampir kepada kayu teras. Ia sesuai untuk penghasilan pelbagai produk kayu. Dengan usaha pembuatan perabot dan barangan kayu kemasaip yang sesuai dan kaedah pemasaran yang berterusan. Malaysia mampu menjadi pengeluar kayu jati utama di dunia pada masa hadapan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home